BERBALOIKAH CANTIK TAPI MERANA ?

Sedikit coretan yang berlaku dengan kehidupan kita. 


Sedang saya leka melayan karenah anak-anak ,saya dikejutkan dengan berita tentang seorang kawan lama saya telah kembali ke rahmatullah,dan kini pemergiannya ditangisi keluarga dan sahabat handai.

Saya tergamam seketika, beristigfar kerana tidak percaya dalam usia 30-an arwah pergi meninggalkan anak-anak dan suami. Bergegas saya memberitahu suami yang saya ingin menziarahi jenazah. Namun sepanjang perjalanan pelbagai persoalan yang bermain di minda.


Pelbagai rasa yang muncul di benak akal dan fikiran,rasa macam tak percaya sebab baru beberapa minggu lepas kami berjumpa dan bersembang. Bertanya khabar,berborak tentang fesyen, kecantikan, percutian, bercerita itu dan ini. Saya perasan wajah putih arwah yang pucat.


Masih terbayang-bayang setiap bait patah perkataan arwah yang bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat kulit wajah yang diidam-idamkan iaitu ingin cantik putih berseri.Tiada lain yang keluar dari mulut beliau iaitu” putih dan produk ni berkesan”.

Paling tidak dapat saya lupakan ialah gurauan arwah yang mengatakan
“ tak sangka orang yang tak berapa nak cantik, hitam macam aku ni boleh laku”.


Jenakanya membuat saya ketawa. Memang dikalangan rakan-rakan, arwah seorang yang gila-gila.
Sebaik sampai kerumah arwah ,Aina kawan saya yang telah sampai dahulu datang menerpa dan memeluk saya.

“Iza dah tak ada” …..

ungkapnya dengan suara yang tersekat-sekat menahan sebak di dada. Saya hanya mampu mengangguk dan sedaya upaya menahan air mata dari gugur ke pipi.

Mengikut cerita dari suami arwah, saya dapat tahu arwah gemar menukar dan mencuba produk kecantikan sehingga mengalami komplikasi dari kedua-dua belah buah pinggangnya.

Saya termenung seketika dan teringat kata-kata arwah yang bersungguh –sungguh ingin kelihatan putih dan cantik di mata suami. Malah arwah sering melahirkan rasa tidak puas hati mengenai kulit wajahnya yang gelap.

Saya tak menyangka rupa-rupanya kerisauan arwah tentang kulit wajahnya yang gelap membawa bahana dan kemudaratan kepada arwah.

Arwah sangat obsess dengan kulit wajah yang putih,pantang ada produk –produk baru yang dipasarkan menjanjikan putih dalam masa yang singkat mesti ingin dicubanya.

Kemungkinan besar produk yang arwah gunakan mengandungi kandungan mercury yang tinggi.

Isu ini pernah dibincangkan didalam group consultant bersama Pengasas Dermags Doktor Mariani. Doktor pernah menerangkan bagaimana mercury dalam sel kulit diproses,sama ada mercury tersebut tinggal didalam kulit atau pergi kebuah pinggang.

Mercury yang masuk ke dalam lapisan kulit seterusnya akan masuk ke bahagian dermis dan saluran darah,ianya akan di bawa ke seluruh sistem organ badan dan di tapis oleh buah pinggang.

Mercury tidak dapat dikumuhkan oleh buah pinggang kerana ianya merupakan sejenis logam berat.Lama-kelamaan buah pinggang akan hilang fungsi sebenar kerana mengalami kerosakan.Mercury juga boleh mengakibatkan kecacatan janin di dalam kandungan melalui system darah dalam badan.

Begitu panjang lebar penerangan Doktor mengenai bahayanya mercury. Agak merisaukan di sini sesetengah orang sudah tahu produk tersebut mengandungi merkuri tetapi masih berani menggunakan produk tersebut.

MENGAPA?? (Persoalan ini sentiasa bermain difikiran saya)

ADAKAH KESAN YANG CEPAT???

ADAKAH BOLEH MEMUTIHKAN???
ADAKAH SENANG DIPEROLEHI???
ATAU ADAKAH HARGANYA YANG MURAH????


Jangan sesekali biarkan diri anda dimomokkan dengan kesan yang cepat atau terpengaruh dengan iklan pemutih,takut anda terbelenggu dengan seribu kemungkinan masalah yang timbul.

Tidak dinafikan setiap wanita memiliki naluri ingin cantik dan menarik. Kerana itu ada yang sanggup berbelanja mencecah puluhan ribu ringgit dan berusaha melakukan apa sahaja bagi mencapai impian tersebut,walaupun terpaksa menanggung penderitaan.

Untuk cantik memang tidak salah, namun sebelum memilih produk kecantikan perlulah selidik dahulu latar belakang produk,kandungan dan bahan- bahan didalam produk. ADAKAH selamat untuk di gunakan.

Dapatkan nasihat dari mereka yang pakar agar tidak silap dalam membuat pilihan dan mendatangkan keburukan pada diri.Tanya hati dan akal fikiran,adakah hasilnya berbaloi dan selamat untuk jangka masa yang panjang.

AWAS ya para wanita di luar sana,jangan pandang remeh tentang bahayanya produk yang mengandungi mercury.Pilihlah produk yang selamat bebas mercury,hydroquinone dan seangkatan dengannya.

Jangan untuk kelihatan cantik dalam masa yang singkat anda merana untuk seumur hidup.

Untuk anda di luar sana tak kira lelaki atau wanita yang ingin mendapatkan kulit yang sihat dan selamat, boleh hubungi saya untuk maklumat dan konsultasi .

Whatapps saya di no :-


017 652 8965 



Comments

Popular Posts